Wednesday, June 3, 2009
Bermula semula?
Bismillahir Rahmaanir Rahiim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah dengan izin ALLAH Taala, dapat ku teruskan untuk menulis blog.
Kenapa ye terhenti penulisan blog. Pertama, tidak ku jumpa mood menulis blog. Kedua, aku bukan seorang yang pandai menulis blog. Ketiga, aku bukan seorang yang mantap dalam menganalisa sesuatu isu dan kemudian terjemahkannya ke dalam blog.
Keempat, hampir keseluruhan masa ku semester lepas cuba menyelesaikan amanah penting. Kelima, aku xsepandai munirah,lia, dan mereka-mereka yang pandai mencantikkan blog dengan penulisan yang hebat dan warna-warni malaysia.
Sekalipun, lima sebab dah kutulis, tp yang salah tetap diri sendiri. Alasan dijadikan asbab melepaskan diri dari kesalahan. Atas kekhilafan diri, maka terjadinya asbab mengapa aku tidak meneruskan untuk menulis blog. Pesan Ustaz Hazmi, tidak mengapa sekiranya kita tidak pandai mengupas isu-isu di dalam blog. Tetapi, carilah cara diri sendiri untuk mengekpresikan wajah blog kita. Sebagai contoh, tulislah blog seperti kita menulis diari (Ayat ini adalah diolah sendiri tetapi maksud yang hampir sama.huhu). Dan tambah pesanan dari hati ini, mungkin sebagai permulaan, dan secara berdikit-dikit, tulislah blog seperti diari namun mempunyai iktibar dan pengajaran biarlah pelajaran itu sekecil kuman.
Jadi, Nurul Hidayah., bersemangatlah! Jangan membuat sesuatu kerana orang lain membuat sesuatu, tetapi fahamilah tujuan dan peranannya. Tulislah blog untuk mengingatkan dirimu yang lemah disisiNYA, sekiranya ia bermanfaat untuk orang lain, maka bersyukurlah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment