Thursday, June 4, 2009

SPB (Bahagian Pertama)


SPB atau Skim Pelajar Bekerja. Menjadi pilihan student UMP untuk mencari duit poket bagi memenuhi tuntutan kewangan pada semester berikutnya. Mungkin ada juga bertujuan memenuhi masa lapang selain mengambil semester pendek. Mungkin juga sekadar mencari pengalaman.

Aku tidak terkecuali. Kewangan di tahap zero, maka seharusnya aku mengambil peluang untuk menambah sara hidup. Pada 8 Mei 2009, bermulanya pencarian aku bersama Kak Nad dan Fiza peluang untuk menjadi pelajar bekerja. Dari PBMSK, sebelum itu di BPA, alhamdulillah rezeki kami di Jabatan Bendahari yang terletak di bangunan Canseleri.

”Kami memang perlu sangat pelajar bekerja di Jabatan Bendahari”, kata Puan Nor Ashikin selaku Pegawai Kewangan. Bagai jatuh bulan di riba, rezeki yang diberikan ALLAH ini kami syukuri.

Tanggal 11 Mei 2009 pula menjadi hari pertama kami memulakan pekerjaan di Jabatan Bendahari. Kami diperkenalkan dengan Puan Maisuzeana sebagai Supervisor kami. Oh, terlupa, kami dapat ’port’ baru iaitu Bilik Baucer. Sebuah bilik yang menempatkan ribuan baucer bayaran.

Hari pertama yang penuh ketakutan. Huhu..takut tersalah dengar arahan, takut tersilap dalam membuat kerja, takut mencuba pekerjaan yang tak pernah dibuat sebelum ini, dan macam-macam lagi. Apalagi Puan Mai telah berpesan, kerja di Jabatan Bendahari perlu berindak pantas tetapi cermat. Alhamdulillah, kebersamaan Kak Nad dan Fiza mengurangkan ketakutan.

Selesai hari pertama, soalan yang harus ku ajukan kepada diri adalah:
1. Bagaimana mengurangkan rasa takut lantas memberi yang terbaik ketika bekerja?
2. Tujuan yang utama aku bekerja adalah mencari duit?

0 comments: