Thursday, June 4, 2009
SPB (Bahagian Ketiga)
Lupa nak bagitau, kami bekerja di bawah Bahagian Pembayaran.(Puan Ashikin sebagai Pegawai Kewangan, Puan Mai dan Encik Faizal sebagai Penolong Akauntan, Kak Suzila sebagai Pembantu Akauntan, Azalizawati sebagai Pembantu Tadbir Kewangan, Ayu student praktikal dari KIPSAS dan kami bertiga sebagai pelajar bekerja).
Aku bersama Kak Nad dan Fiza bergilir-gilir belajar membuat kerja.Misalnya, sesiapa di antara kami bertiga sudah pandai dan telah diajar membuat kerja, maka dia akan mengajar kepada yang lain. Contohnya, Kak Nad akan ajar aku dan Fiza untuk print cek, aku pula akan ajar mereka untuk envelope cek, manakala Fiza akan mengajar aku dan Kak Nad key in data invois.
Teringat pengalaman pertama ketika aku print cek. Berpeluh-peluh dibuatnya, disebabkan tension takut tersilap print. Kerana kami telah diingatkan untuk teliti betul-betul segala maklumat sebelum print cek. Jika tersilap, banyak kerja yang melibatkan pihak bank dan pihak atasan untuk memperbetulkan kesilapan apa lagi jika amaun yang tertera adalah tinggi.
Masuk minggu ketiga ini, kami telah pun diberi tugas khas. Aku ditugaskan untuk meng’update’ segala statement of account dari pembekal. Segala kerja follow up perlu dilakukan bagi memastikan semua invois telah dibayar. Pening kepala apabila memikirkan angka-angka ini. Nampaknya aku perlu bertukar jurusan untuk seketika. Daripada kejuruteraan mekanikal kepada perakaunan.
Sedikit sebanyak, aku telah pun mula mendapat jawapan terhadap beberapa soalan yang aku utarakan dalam posting sebelum ini. Aku tension kerana aku takut dimarahi. Aku tension kerana aku tidak konfiden. Aku tension kerana aku tidak memahami pekerjaan yang ku lakukan.Dan most important, aku tension kerana aku tidak ikhlas.
Sebab apa tidak ikhlas? Kerana awal-awal lagi aku telah meletakkan duit sebagai tujuan utama. Astaghfirullah. Aku terhimpit untuk mencari duit menyebabkan aku mengabaikan tanggungjawab pertama dan utama di dalam sebarang pekerjaan iaitu keikhlasan kepada ALLAH. Hidayah, duit bukan segala-galanya.
Inilah tarbiyah yang ku dapat. Aku tidak mahu selama-lamanya tension ketika bekerja. Pelajaran ’ikhlas’ selalu menjadi peringatan pertama ketika usrah mahu pun program. Lihat kini, aku diuji dengan pelajaran ’ikhlas’.
Soalan yang seterusnya sebagai muhasabah diri:
6. Dapatkah aku menakluki ’ikhlas’?
7. Berjayakah aku memperoleh duit tetapi ada keberkatan? Soalan yang sukar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment