Thursday, June 4, 2009
SPB (Bahagian Kedua)
Dalam empat hari permulaan kerja, kami bertiga bersungguh-sungguh menyelesaikan kerja ’filing’ lebih kurang 1600 keping baucer bayaran. Bermula daripada menyusun mengikut nombor baucer bayaran (naik juling dan pening melihat angka-angka yang berulang-ulang), ’menembak’ tarikh bayaran pada baucer, menebuk lubang, dan menyusun baucer-baucer ke dalam file. Opss..belum habis lagi, tagging pada file, dan susun kembali file-file ke atas rak yang mempunyai lima tingkat. Satu ’row’ rak menempatkan 12 file.
Jadi, dalam tempoh 4 hari, sendi-sendi, tulang-tulang, otot-otot telah bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Betul kata Puan Mai, kami perlu bertindak pantas tetapi cermat. Sebab dalam 4 hari, bukan sahaja kerja ’filing’ yang perlu dilakukan, kerja-kerja yang lain seperti dalam senarai tugasan kerja untuk Pelajar Bekerja, kami perlu belajar ’print’ cek bayaran, menjawab panggilan telefon dalam keadaan yang kami tidak biasa dengan perakaunan, dan sebagainya.
Akhirnya, aku menghabiskan seminggu bekerja dalam keadaan tertekan dan kepenatan. Lupa dengan kesyukuran yang pernah aku panjatkan ketika mula-mula mendapat peluang bekerja di Jabatan Bendahari.
Fahamlah aku sekarang ini apabila ada segelintir manusia yang ingin cepat sampai ke rumah setelah habis waktu bekerja (jika tidak berhati-hati, mungkin mengakibatkan kejadian yang tidak elok). Fahamlah aku apabila mendengar cerita suami-isteri bergaduh di rumah akibat ketensionan di tempat kerja dibawa balik ke rumah. Dan yang paling penting, aku memahami kini keperitan mak dan abah dalam mencari duit buat kami sekeluarga, kerana duit tidak datang bergolek bila sahaja kita mahu. Aku faham kini.. kerana aku baru merasai.
Soalan seterusnya yang perlu aku cari jawapannya:
3. Manusia alpa. Bila mendapat kesusahan,baru nak ingat Tuhan. Adakah aku tergolong dalam kelompok tersebut?
4. Kenapa aku tension ketika bekerja?
5. Terbalaskah jasa mak dan abah? Ya ALLAH..ampunkan aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment