Thursday, June 25, 2009

SPB (Bahagian Akhir)


Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja di Jabatan Bendahari sebelum semester baru dibuka. Hari ini juga Jabatan Bendahari menerima pekerja baru di Bahagian Pembayaran. Namun, aku tidak sempat berkenalan dengan staf tersebut. Esok pula merupakan hari terakhir bagi Ayu menghabiskan latihan praktikal di sini sebelum dia meneruskan kuliah di KIPSAS nanti.

“Learning by doing”. Ungkapan ini memang tepat buat kami bertiga. Emm, mungkin berempat termasuk Ayu. Bezanya, kami bertiga bermula dengan zero di dalam bidang perakaunan. Kami tidak tahu apa itu ‘Local Order’, ‘Deliver Order’, ‘Payment Voucher’, ‘Invois’, ‘Statement of Account’, ‘Bill Registration’ dan lain-lain lagi secara ilmu kuliah. Tetapi, kami tahu sedikit sebanyak mengenai istilah-istilah tersebut apabila kami dengan sendirinya melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengannya.

Alhamdulillah, kami (rasa-rasanyalah termasuk Fiza dan Kak Nad) sudah selesa membuat kerja-kerja mencetak cek, envelope cek, filing ribuan keping baucer bayaran, menyemak status penyata akaun, berhubung sendiri dengan pihak pembekal berkaitan masalah pembayaran, malahan bilik baucer menjadi bilik yang paling kami sukai apabila bekerja di sini. Berbeza dengan pembawaan kami pada awal-awal dahulu yang mungkin kurang rasa keyakinan, banyak berbuat kesilapan, tidak faham arahan yang diberikan, dan sebagainya.

Mungkin sebabnya kami banyak dibantu oleh staf-staf di situ terutamanya Puan Mai, Kak Suzi, dan Aza. Jangan tak tahu, kami pun pernah kena marah. Marah tunjuk ajar namanya, huhu. Kami memang tak simpan di dalam hati sebabnya marah Puan Mai nak kami cepat belajar membuat kerja. Lagipun, staf-staf di situ lagi banyak kerja daripada kami. Sibuk sepanjang masa.

Sebut pasal Puan Mai, boleh ke nak cerita sesuatu? Sekarang ni, Puan Mai sedang sarat mengandungkan anak sulungnya yang dijangka lahir pada akhir Julai atau awal bulan Ogos. Menariknya, Puan Mai berkahwin dengan staf di Jabatan Bendahari juga, namanya Encik Tarmizi berjawatan sama dengan Puan Mai iaitu Penolong Akauntan.

Sarat-sarat Puan Mai, rasanya dialah yang paling laju dalam membuat kerja. Jarang kami melihat Puan Mai berehat atau tidak membuat kerja. Sangat berdedikasi dan kuat semangat. Sekiranya aku berkelayakan untuk mengundi pekerja cemerlang, akan ku undi Puan Mai kerana integritinya dalam bekerja. Puan Mai bukan sahaja cekap membuat kerja, bahkan punyai sifat amanah, tepati masa, dan yang paling penting, kebergantungannya kepada ALLAH Taala. Kak Nad, dan Fiza...agak-agaknya boleh ke kita mencontohi sifat-sifat mahmudah tersebut? Bak kata adikku, Shahaidah, marilah mengkoreksi diri.

Banyak perkara yang ku pelajari untuk tempoh waktu menjadi pelajar bekerja. Aku belajar menyampaikan pesanan secara teratur daripada Encik Sapri. Aku belajar pelajaran merendah diri daripada Puan Zaida, PA Encik Din. Aku belajar ringan tulang daripada Encik Faizal. Aku belajar menjadi baik hati daripada Kak Shahida. Aku belajar pelajaran sopan dan mesra daripada Puan Norbani. Aku belajar humor daripada Encik Saipun. Aku belajar menghormati orang lain daripada Puan Shikin.

Hidup ini adalah pelajaran yang paling baik. Dalam mencari kebahagiaan dunia dan akhirat, kesilapan, ketidak matangan, perlulah dijadikan pelajaran yang paling berharga. Bertebaranlah kita semua di atas muka bumiNYA, namun, jangan lupa siapa kita dan untuk apa kita dijadikan.

Coretan SPB mungkin setakat ini. Sekejap pula rasanya. Ayu ku salami mengeratkan ukhuwah. Dah nak menitis air mata kami semasa bersalaman. Semoga berjumpa lagi ye Ayu dan Jabatan Bendahari!. Hehe.. Untuk Kak Nad dan Fiza, selamat menerima gaji pertama dari Jabatan Bendahari hasil titik peluh sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...

Khas buat sahabatku.
Dayah, sayu rasa hati membaca coretan terakhir ttg SPB.hehu... Ayu pn ada ni. akk baca blog dayah dgn ayu... btul apa yg dikatakn. bnyk yg dpt kita belajar sewaktu sama2 bekerja di jabatan bendahari. akk juga dpt belajar utk mengenali seseorg terutama pabila sama2 bekerja dgn shbt2. indahnya krn kita telah ditakdirkan utk bekerjasama di satu tempat. terima kasih atas teguran yg diberikan ketika kita bekerja bersama. sikap saling tolong-menolong dan membackup shbt yg perlu diterapkan dlm diri yg serba kekurangan ini. mnugkin kadang2 terlepas pandang. dayah, ayu pn sedih je ni dihari2 terakhir dia kt cni. mata pn bengkak. akk x keje pn ari ni tp dtg ofis special utk jumpa ayu. hehu... maybe sbb akk pn syg nk tinggalkan jabatan bendahari... kla dayah.. saje je nk cite2 kt komen bg entry dayah yg da latest ni... pe pn moga ukhuwah yg terjalin ini berkekalan hingga ke akhir hayat. insyaAllah...
"STRIVE 4 MARDHATILLAH" =)

KuMahuCahaya said...

huhu, thanks kak Nad..
sy pun byk belajar..sori eh atas segala-galanya yg wat akak n Fiza terguris hati. korang berdua mmg betul2 kurangkan rasa takut sy waktu bekerja kt jabatan bendahari.
ukhuwah itu indah bila semuanya kerana ALLAH..