Saturday, November 7, 2009
Selamat menghadapi Final Exam
Assalamualaikum.. Apa khabar pembaca sekalian? Didoakan agar semuanya berada di dalam keadaan yg sihat wal afiat. Sempena peperiksaan final semester yg bakal bermula isnin ini, didoakan agar sahabat-sahabat dipermudahkan urusan ketika menghadapinya, insyaALLAH.
Kenalilah ALLAH yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Kreatif ketika dating bersamaNYA. Moga kita temui sinaran suci di sebalik onak duri tajam menikam.
0
Teristimewa buat sahabat-sahabatku..
Kau kental, kuyakini tentang itu,
Kerana kusaksikan dengan mata hatiku,
Bagaimana kau jatuh,
Dan bagaimana kau bangkit kembali.
Ku jua rasai kau sering resah,
Bahawa kau terlalu gundah,
Terlalu lelah,
Akan tetapi, ku juga saksikan bagaimana kau tabah,
Mengharung mehnah,
Melutut merayu kepada Rabb Jalil Pemberi Sakinah.
Sahabat, bagaimana mungkin aku hari ini menjadi setia,
Mengharap kasihnya Tuhan,
Sekiranya kau tidak sudi alirkan cintaNYA kepadaku,
Sebab itu, namamu tidak putus dalam doa kudusku.
Teruskan berjuang,
ALLAH kan memberimu cintaNYA,
ALLAH kan tetap mengasihimu sahabatku,
Hanya tinggal kau meyakiniNYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
bila ukhtunasrar bermadah....
shukran laki ya ukhty
ma'aNnajah aidhan
Post a Comment