Projek Sarjana Muda
Alhamdulillah, Segala puji-pujian hanya layak kepada ALLAH Sang Penguasa malam dan siang. Kerana rahmat pertolongan dan Sifat Ar- Rahman NYA, pelbagai ni’mat dan kemudahan hambaNYA perolehi.
Selesai sudah presentation PSM dua hari yg lepas setelah satu semester menghadapinya. Yang berpenat lelah, yang main-main, yang bersederhana, pastinya sedang menghitung keputusannya. Aku tidak terkecuali. Sahabatku Athirah juga tidak terkecuali. Bagaimana sekalipun panel-panel menpsycho, memberi komen, membantu membaiki projek, satu yg kami optimis, keputusan akhir datangnya dari ALLAH jua. Sebab itu, aku tidak gusarkan penilaian panel-panel tersebut, tetapi yang kugusarkan aku menjadi semakin lalai dan jauh dari rahmat kasihNYA. Ya ALLAH, kurniakan kami keputusan yang baik menurut aturanMU. Cemerlangkan kami di bawah telunjuk rahmatMU, Ya Haadi.
Kalau awal-awal dulu, rumetku Norlia dahulu yang mmg bz menyiapkan projek plant design. Ke hulu hilir discussion mengalahkan professor madya. Selesai presentation, Athirah pula menyusul kesibukannya menyiapkan coding untuk memastikan projek E-Counselling nya berjalan. Puas juga ku menemaninya bertemu rakan sekelas, sefakulti untuk membantu menyiapkannya. Kemudian, giliranku pula merasai perasaan nanar menyiapkan psm. Sewa kereta ke Pekan akibat bas tak kunjung tiba mengambil penumpang. Akhirnya, mesin ke mana, material tak jumpa-jumpa. Dan sekarang, Rumetku Fatihah pula yang bersengkang mata. Nak membantu, subjek elektrik pula subjek yang aku paling lemah sekali. Bantu bahagian yang lain ajelah, tolong belikan makanan,
Tak dinafikan ramai yang kecundang dengan kesibukan sebagai pelajar. Subuh berjemaah ada je yang lompong. Maghrib isyak sengaja bermalasan ke masjid. Program-program tarbiyah dibuat tak endah. Kadang-kala merobek ukhuwah.Huhu, tidak salah kan bermuhasabah. Sebabnya yang menulis ini pun sering juga tersasar.
Tetapi ingin ku berkongsi bahagia di petang jumaat. Kuliah tafsir murabbi hari itu sungguh meriah. Sahabat-sahabat peneman susah senang menghadirkan diri. Sudah fitrah manusia, jauh mana hati menggalau dan memberontak, pasti akhirrnya Tuhan kan dicari dengan petunjukNYA. Ujian kesibukan pastinya menyerbu, satu doaku, moga iman yg kan mengalahkan hawa nafsu.
Benar mereka yang selalu solat berjemaah di masjid bukanlah dari kalangan yang terbukti baiknya. Mereka yang selalu hadir ke program-program tarbiyah bukanlah selalu ikhlas sifatnya, seperti program oriented pula, akan tetapi sekurang-kurangnya usaha membuahkan cinta, keinginan yang baik pastinya ALLAH hadirkan petunjuk rahmatNYA. Datang ke majlis ilmu seribu kali lebih baik dari berkurung membatu diri seperti di dalam gua. Jangan dicaci usaha mereka, sebab kemungkinan dengan cacian itu menyebabkan tertariknya Hidayah ALLAH kepada kita.
Tariklah hatimu cepat-cepat. Jangan tenggelam terlalu jauh. “ Ihdinas shirothol mustaqim!” Kita manusia berdosa. Sesungguhnya ni’mat bertaubat itu hanya dirasai oleh mereka yang berdosa. Cantumkanlah debu-debu kebaikan di hatimu. Mula-mula sedikit lama-lama menggunung.
Oh Plant Design! Oh PSM! Hikmah ujian pastinya ada. Pesan seorang ibu, Kenalilah Penciptamu. Walau kau berdoa memohon pertolongan sehingga keluar air mata darah, mata bengkak-bengkak, tetapi jika tidak kau kenali siapa sebenarnya Tuhan itu, tiada keikhlasan, sia-sia sahajalah pekerjaanmu itu.
0 comments:
Post a Comment