Monday, June 15, 2009

Aduhai Naqibah


Semester hadapan bakal bermula lebih kurang tiga minggu sahaja lagi di kebanyakan pusat pengajian. Dan naqib naqibah kampus bakal mendapat mad’u atau anak usrah yang baru, insyaALLAH.

Dan semuanya bakal berlaku sama seperti tahun-tahun yang lepas. Dalam puluhan orang naqibah, ramai yang streotaip. Seperti biasa, aku tidak menuding jari kepada mana-mana individu atau pihak, sebaliknya ini adalah muhasabah jujur untuk diriku yang masih hijau dalam menjadi naqibah, sekaligus kepada yang membaca sekiranya ia bermanfaat untuk diri mereka.

Ada segelintir naqibah yang memahami peranan mereka hanya sebagai pemberi ilmu mengikut silibus. Ruang perbincangan hanyalah dihadkan kepada tajuk-tajuk yang ada di dalam silibus sehingga tidak berani lari kepada perbincangan ilmiah lain atau sebarang bentuk interaksi lain yang bermanfaat dalam pembentukan sahsiah mad’u. Mungkin halaqah paling kurang seminggu sekali, namun perbincangan yang streotaip hanya membosankan mad’u.

Belum lagi dilihat kepada naqibah yang membawa banyak nota-nota silibus, buku-buku yang berkaitan semata-mata untuk dibaca di hadapan mad’u ketika usrah berjalan. Seolah-olah tiada persediaan yang dibuat oleh naqibah sebelum usrah. Kenapa tidak dibuat satu nota ringkas sahaja untuk dirujuk semasa usrah (teks panjang silibus perlulah difahami terlebih dahulu) dan berusrahlah bersama mad’u dengan yakin. Penyampaian sambil melihat sepenuhnya atau sebahagian besar kepada teks silibus hanya mengurangkan keyakinan diri sendiri dan keyakinan anak usrah kepada naqibah.

Sekiranya mad’u bertanya soalan, jangan ditutup terus ruang perbincangan hanya kerana naqibah tidak tahu atau tidak pasti jawapannya, Tidak mengapa dan tidak salah naqibah mengakui bahawa dia tidak mengetahui jawapan, namun berusahalah untuk mencari jawapan daripada mereka yang ’arif, dan kemudiannya menerangkan kembali kepada mad’u pada pertemuan berikutnya. Sikap ego seolah-olah naqibah tau semua persoalan-persoalan (walhal diri sendiri tidak pasti) hanya mengundang mudharat yang lebih besar. Kita mungkin sahaja memberikan jawapan yang salah semata-mata mahu memberitahu aku naqibah serba tau.

Sukar menjadi naqibah yang baik. Kerana rata-rata naqibah terlalu mementingkan hasil yang segera dan lumayan daripada anak usrah tanpa mementingkan usaha. Mungkin ramai yang beranggapan mereka telah pun menjadi naqibah yang baik hanya kerana usrah mereka berjalan setiap minggu. Mungkin juga ramai berkata mereka adalah naqibah yang baik kerana silibus telah habis dibincangkan. Pokoknya, anggapan-anggapan sebegini perlulah dicantas kerana anggapan-anggapan sebegini hanyalah untuk mereka yang tidak memahami tujuan dan peranan usrah.

2 comments:

monera said...

suka baca entry ni. ringkas, tp mudah faham. sebaik-baik perkataan adalah yang ringkas dan padat. (khairul kalami maa qalla wa dalla)


ke arah pemerkasaan nuqaba'.

lg 1, pelbagaikan metod.

mengenai kepelbagaian metod yg boleh digunakan agar usrah,halaqah lebih menarik dan 'hidup'... para nuqaba' tiada cuti sebenarnya. masa yg ada, buat homework = cari dan fikirkan bgmnkh plaksanaan yg tbaik utk menarik mad'u mendekati, menghayati dan mengamalkan Islam dalam seluruh aspek khdupan.


p/s: 'projek' dalam progress. x pasti smpat siap ke x. kalu ada bhn, bg share ek.

nix said...

asslamualaikum....

just sharing some word:
sebagai seorang naqib yang paling penting adalah niatNya sendiri. Adakah kita menjadi naqib semata-mata kerana suruhan orang ataupun ia adlah disebabkan oleh keinginan diri yang ingin mengajak saudara sesama islam mendekati Ilahi.niat yang betul insyaallah akan mendapat pertolongan daripada Allah.
Jika kita menjadi naqib semata-mata kerana suruhan juga akan timbul perasaan tidak bersedia dan sebagaiNya. dengan mengabaikan perasaaan tanggungjawab terhadap saudara diri yang lain, mereka menggemukakan pelbagai alasan bagi menenangkan diri.Antara alasan ini adalah diri yang tidak pandai berkata-kata atau ilmu yang masih belum mencukupi...

wallahua'lam....