Tuesday, June 16, 2009
Sinisan Prejudis
Selalu sangat ku dengar kata-kata sinis, ”Budak-budak masjid selalu dengan budak-budak masjid je”. Atau begini, ” Set-set tudung labuh berkawan dengan set-set dia je”. Lagi pedih, sekiranya ada tuduhan, “ Macam ni ke budak-budak masjid. Perangai entah apa-apa”.
Ini adalah sebahagian contoh yang ku kira sinisan-sinisan yang prejudis. Salahkah menjadi golongan ’masjid’? Teruk sangatkah apabila orang melabel kita dengan panggilan ’geng masjid’?
Entahlah bagaimana orang lain memahaminya, tetapi yang aku faham bukankah sejuk hati ibu mengandung sekiranya anak yang dilahirkan dan dibesarkan dikenali sebagai orang yang mencintai masjid berbanding anak tersebut dikenali dengan mereka yang suka melepak, berpasangan secara melampau batas, atau kaki wayang?
Dan sekiranya mereka yang digelar ’geng masjid’ ini berbuat kesilapan, akan tersebarlah kononnya budak-budak masjid ini sama sahaja dengan ’geng-geng’ lain yang wujud di muka bumi ini. Sehingga mereka merasakan lebih baiklah tak perlu ke masjid untuk solat berjemaah kalau sudah terbukti ’geng masjid’ juga berbuat kesilapan.
Aduhai manusia! Begini tidak boleh, begitu tidak kena. Tidak kiralah anda tergolong daripada ’geng’ mana sekali pun, anda semuanya sama di sisi Tuhan melainkan taqwa. Mereka yang ke masjid aku yakin insyaALLAH bahawa mereka semuanya mahukan ganjaran kebaikan yang dijanjikan ALLAH Taala kepada mereka yang menunaikan solat berjemaah. Bahkan Rasulullah S.A.W turut menjadikan masjid sebagai tempat pertautan ukhuwah, tempat musyawarah, tempat menyampaikan ilmu, dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan) (Riwayat Imam Ahmad).
Aku bukannya bermaksud bahawa mereka yang dilabel “geng masjid’ ini adalah baik-baik orangnya serta jarang berbuat kesilapan, namun percayalah sekurang-kurangnya usaha mereka dalam mendidik nafsu untuk tunduk kepada kebaikan seharusnya diberi perhatian.
Mengenai pergaulan “geng masjid’ yang dikatakan hanya tertumpu kepada ‘geng masjid’ sahaja, aku juga ingin tau apa justifikasinya kata-kata itu, kerana rata-rata urusan manusia di dunia ini tidak tertumpu kepada satu perkara sahaja. Misalnya, sebagai seorang siswa di universiti, tentu sahaja pelbagai urusan di fakulti, kuliah, program-program, kolej kediaman dan sebagainya menyebabkan manusia itu perlu berukhuwah dan menjalinkan persahabatan dengan ramai orang yang mempunyai pelbagai latar belakang. Tak terkecualilah kepada “geng masjid’.
Namun, aku juga tidak menafikan disebabkan corak fikrah yang sama, kesukaan dan kebencian yang hampir sama, keserasian persahabatan dan lain-lain menyebabkan beberapa urusan lebih selesa diusahakan bersama ‘geng masjid’ seperti mana ‘geng lepak’ selesa berurusan dengan ‘geng lepak’ mereka, ‘geng rakan muda’ serasi bersama ‘geng rakan muda’, serta ‘geng memanah’ selesa bekerja dengan ‘geng memanah’ mereka.
Sudah-sudahlah berprejudis. Kerana prejudis hanya menyebabkan umat Islam berpecah. Jangan diikut bisikan syaitan yang mahukan umat Islam berpecah walaupun hanya penyebab yang kecil. Label ‘geng masjid’ perlu jelas bahawa ianya bukan untuk dibanggakan atau dicemuh, sebaliknya jadikanlah sebagai satu peringatan atau benteng untuk diri menjauhkan maksiat selagi terdaya.
Tulisan ini bukannya tulisan menyalahkan sesiapa, Cuma luahan rasa muak dan jemu terhadap prejudis-prejudis yang langsung tidak membawa manfaat. Maafkan aku sekiranya kelihatan aku 'mengkelaskan' manusia yang ku sebut sebagai 'geng-geng'. Ianya tidak lain dan tidak bukan hanya merespon sinisan yang berlaku di dunia realiti. Semoga diriku ini berterusan belajar bersangka baik dengan manusia lain, dan terus belajar menjadi hambaNYA yang solehah, insyaALLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Assalammualaikum...
Mungkin 'geng-geng masjid' susah untuk bercampur dengan 'geng-geng huha'. Sebahagian besar yang dikatakan 'geng masjid' ni terlalu syadid sangat sehingga adakalanya memandang serong 'geng huha' tadi disebabkan perkara sia-sia yang dilakukan mereka.. Namun perasankah kita yang 'geng huha' tadi pun memandang serong terhadap 'geng masjid'? Mereka beranggapan 'geng masjid' perasan diri tu mulia dan bersikap suka menghukum.. Walauapapun, saranan untuk 'geng masjid', cubalah berusaha untuk bersikap terbuka dan berbaik sangka..Juga bergaul baik dengan 'geng huha' tadi...Insyaallah, kalau yang dilakukan ini hanyalah semata-mata untuk Allah dan menginginkan mereka untuk mendekati Allah, nescaya Allah akan bantu ( seek first to be understand, then to be understood )
ultramen hadhari pun pesan,
'semua prejudis harus dikikis
kita tangkis was-was iblis
akan tertulis segala yang manis...
bla..bla..bla...'
heh.
betul3. semua manusia, sama saja.. bezanya hanyalah taqwa.
kenapa timbul prejudis berbau sinis?
apa salahnya saling dekat mendekati? (mengikut syariat lah) bukan saling menunding jari.
dai'e tersenyum menyapa,
mad'u sambut ceria.
mad'u senang berbicara,
da'ie pendengar setia..
apa saja,
asalkan membawa maslahah kepada agama..
asalkan mengikut acuannya.
justeru,
benarkah prejudis membawa maslahah kepada agama?
saya yakin, rata-rata yang mencintai agama akan menjawab, tidak.
lalu,
semua prejudis harus dikikis
kita tangkis was-was iblis
akan tertulis segala yang manis..
-peace no war-
Betul3. semua manusia sama saja disisi Allah, melainkan taqwa.
Kadar taqwa, bukanlah manusia yang buat rangking, sebagaimana rangking pemain tenis dsb.
Ultramen hadhari pon pesan,
’Semua prejudis harus dikikis
Kita tangkis was-was iblis
Akan tertulis segala yang manis...
Bla.bla..bla…’
kenapa berlakunya prejudis berbau sinis? ok lah, kalu pakat2 rasa janggal masing2, reduce dan buang gap yg ada, (kalau ada).. selalu lah berkerjasama dalam apa2 aktiviti, lg bagus.. Tidak adalah salahnya saling dekat mendekati asalkan mengikut lunas syariat.
Dai’e tsenyum menyapa
Mad’u membalas ceria
Mad’u senang berbicara
Da’ie pendengar setia
Apa2 saja,
Asalkan membawa maslahah kepada agama
Asalkan mengikut acuannya.
justeru
adakah prejudis itu membawa maslahah kpd agama?
Saya berkeyakinan, rata-rata yang menyintai agama akan menjawab ”tidak”
Ataupun apa2 jawapan yang menidakkan pada lontaran persoalan tu.
Jadi?
Semua prejudis harus dikikis
Kita tangkis was-was iblis
Akan tertulis segala yang manis...
Bla.bla..bla…
assalamualaikum...
Terima kasih di atas peringatan di atas. ana ingin menyatakan pandangan ana pula,pertama sekali bagi ana sendiri ana bersyukur dikenali sebagai 'geng masjid' berbanding dengan 'geng maksiat'. akan tetapi ana juga sedar akan tanggungjawab dan amanah yang datang bila Allah telah menjadikan kita sebahagian daripada mereka yang telah berusaha mendekatkan diri bagi mencari keredhaanNya.
'no mather how hard it is, it is something that need to be done'
Bagi golongan 'geng masjid' pula, sejauh manakah kita sanggup pergi kepada golongan 'geng sosial' dan menjadi penasihat mereka untuk mengajak mereka ke arah kebaikan?????jika rasullah S.A.W sanggup menyuap makanan kepada orang kafir,adakah kita tidak sanggup mendekati dan mengajak saudara kita sesama islam ke arah kebaikan....
sama-samalah kita renungkan....
Salam..
saya melihat hal ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa malah telah menjadi kebiasaan kepada orang2 yang selalu gi masjid,skema ckit mesti dilabel camni,sememangnya kadang2 ianya agak "memanaskan" telinga dengan sindiran2 sinis seperti itu. Namun samada kita sedar atau tidak sebenarnya mereka memerhatikan kita dari aspek luaran kerana sikap kita yang selalu kemasjid,berkopiah,bertudung labuh dan sebagainya.rasanya kita perlu ambil peluang ni untuk menjadikan geng2 masjid ni adalah sebenarnya terbaik sama ada dari segi PR dan lain.dalam masa yang sama tidak menganggap geng huha ni sebagai golongan yang berada diside yang lain kerana boleh jadi mereka berada dalam keadaan "tidak tahu tentang apa yang kita tahu" sebab itulah mereka melontarkan sindiran sedemikian.jadikan mereka sebagai mad'u kita.ada pendapat lain???
USOP
Wow...eh silap
Assalamualaikum...
Hebat-hebat...syabas bete (cakap hindi)
Ada stail membidas juga ni, bolehlah tumpang sekaki dengan bidahdeli...
salam...
Entry yang menarik. Agak2 kalau bukan geng masjid yg pegi masjid, geng mane ye yg akan imarahkan masjid? Kita hanya manusia biasa yang tak mungkin akan puaskan hati semua pihak...tapi itu bukan menjadi penyebab untuk kita pilih org2 tertentu shj sebagai teman, kawan atau sebagainya.
Keberuntungan bagi mereka yg dilabel 'geng masjid' sbb orang dah memberi satu penilaian yang baik terhadap mereka. Bukanlah bermaksud untuk utamakan penilaian manusia semata-mata tapi sekurang-kurangnya 'geng masjid ' ini dah ingatkan mereka tentang sesuatu...masjid.
Memang betul bukan semua yang orang perkatakan manis untuk ditelan. Kadang2 sangat pahit. Namun bukan semua yang pahit itu tidak baik sbb mungkin yang pahit itu ubat, yang manis itu racun.
Untuk peringatan diri sendiri dan mudah-mudahan bermanfaat juga kepada yang lain...RENUNGKANLAh
Post a Comment